Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-
- akibat keatas penagih
- akibat keatas keluarga penagih
- akibat keatas masyarakat dan
- akibat keatas negara
Akibat Ke Atas Penagih
|
Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya. |
|
Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku. |
Akibat
Ke Atas Masyarakat |
|
Akibat Ke Atas Negara
|
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung
kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos
yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos
nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:-
|
Risiko Dos Berlebihan
|
Dos berlebihan terjadi apabila:-
|
Risiko Akibat Mengambil Heroin
Yang Dicampur Dengan Dadah Lain
|
Dadah yang dijual di kaki lima dicampur dengan pelbagai campuran yang mana kandungan sebenar tidak diketahui oleh penagih.Kematian boleh berlaku apabila dadah campuran ini disuntik dan tersumbat dalam pembuluh darah.Heroin yang dicampur dengan barbiturat akn juga mengakibatkan pergantungan terhadap dadah tersebut. |
Risiko Kemalangan
|
Dalam keadaan mabuk/khayal,penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan,lambat bertindak untuk mengelak sesuatu serta tidak berupaya untuk menumpukan perhatian ke atas apa-apa yang sedang dikerjakan.Risiko menghadapi kemalangan amat tinggi ketika memandu ,menjalankan jentera atau melintas jalan. |
Risiko Jangkitan Penyakit
|
Jangkitan penyakit seperti AIDS,hepatitis,kancing gigi,keracunan darah dan sebagainya berlaku apabila penagih mengguna dan berkongsi alat-alat suntikan yang kotor.Kehidupan penagih yang tidak menghiraukan kebersihan,kesihatan dan pemakanan yang berzat menggandakan lagi risiko jangkitan penyakit. |
Risiko Meningkat Apabila Pelbagai Jenis Digunakan Sekaligus |
Tabiat penagih yang sentiasa mencari satu nikmat lain daripada yang lain, mendedahkan ia kepada penggunaan pelbagai jenis dadah.Menggunakan dadah opiat,barbiturat ,alkohol dan sebagainya dengan sekaligus meningkatkan risiko dos berlebihan kerana kesan-kesan dadah berganda dan hanya sedikit sahaja diperlukan untuk mendapatkan dos maut. |
Risiko Kepada Wanita Mengandung |
Penagih heroin wanita kerapkali menderita akibat kekurangan darah,sakit jantung, kencing manis,demam peparu atau hepatitis ketika mengandung atau melahirkan anak.Kadar keguguran,kelahiran bayi songsang atau belum cukup umur,kelahiran melalui pembedahan dan kelahiran bayi mati dalam kandungan adalah tinggi bagi wanita-wanita ini.Bayi-bayi yang dilahirkan kerapkali menderita kerana gejala tarikan sehingga berbulan-bulan dan ramai antara mereka yang mati. |
Akibat Putus Bekalan Darah
|
Apabila terputus bekalan darah,penagih mengalami gejala tarikan dalam jangkamasa 4-6 jam selepas dos terakhir.Gejala-gejala ini termasuk rasa resah,cirit-birit,sakit perut,rasa sejuk,berpeluh,loya dan mata serta hidung berair. Kehebatan gejala ini bergantung kepada jumlah dos yang biasa diambil,kekerapan dos serta jangkamasa menagih.Gejala ini menuncak selepas kira-kira 24-72 jam dan berkurangan dalam masa 7-10 hari.Adakala gejala seperti tidak dapat tidur dan rasa gian berpanjangan hingga berbulan-bulan.Gejala tarikan menjadi bahaya jika penagih menghidap penyakit seperti kencing manis,gila babi,lemah jantung atau darah tinggi.Ia juga berbahaya kepada penagih yang ketagih kepada beberapa jenis dadah pada sesuatu masa umpamanya heroin dan barbiturat.Gejala tarikan yang berlaku kepada penagih-penagih ini boleh membawa maut. |
No comments:
Post a Comment