Kanabis

Pengenalan
Ganja merupakan sejenis bahan yang sangat kompleks.Ia mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana THC merupakan bahan psikoaktif utama.
   Oleh kerana kandungan bahan kimia yang kompleks dan tidak stabil,serta perbezaan yang luas dari segi jenis pokok,asal usul,serta iklim dan cara penanaman adalah amat sukar untuk menjumpai dua sampel ganja yang serupa.
   Kekuatan sesuatu bentuk dadah kanabis berhantung kepada kandungan THCnya.THC atau delta 9-tetra hydrocannabinol adalah bahan psikoaktif,salah satu daripada 61 bahan kanabinoid yang hanya terdapat pada kanabis.Ianya terkumpul dalam selaput lemak sel otak dan tubuh manusia apabila kanabis dihisap dan dikeluarkan dengan perlahan-lahan.
   Sepuluh tahun yang lalu,amat sukar untuk menjumpai ganja yang mengandungi 1%-2% THC.Tetapi sekarang terdapat jenis ganja yang ditanam khas kerana kandungan THCnya yang tinggi,contohnya sinsemilla yang ditanam di Amerika Syarikat mengandungi 11% THC atau lebih.Kandungan THC juga kan berubah-ubah mengikut jangkamasa ia disimpan sebelum digunakan,tempat dan suhu simpanan dan sebagainya.

Jenis Kanabis
 Kanabis Herba Ianya dikenali sebagai Ganja,. Marijuana/Grass,Pot/Weed,Bhang, Kif,Takrauri dan Dangga. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’.Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.
Resin Getah Kanabis(Hashish,Charas) Resin/Getah Kanabis atau hashish adalah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan, dikeringkan/ dibakar dan kemudiannya dijadikan blok serbuk(powbery blok) ataupun kadang-kadang dicampurkan dengan lilin.Warna serbuk atau blok hashish berbeza daripada coklat muda ke hijau,coklat tua atau hitam. Kandungan THC adalah antara 4%-12%. Kebanyakan hashish berasal dari kawasan Timur Tengah.
Minyak Hashish Minyak Hashish merupakan minyak tar dan dihisap bersama rokok atau ganja.Ia diperoleh melalui proses kimia yang dijalankan berulangkali ke atas ganja atau hashish.Ia tidak larut dalam air dan menjadi bertambah pekat apabila terdedah kepada udara.Kandungan THC adalah sangat tinggi(sehingga 60%) dan hanya setitik sahaja akan mendatangkan kesan halusinasi kepada pengguna.


No comments:

Post a Comment