Pada tahun 1983, kerajaan
telah mengambil satu pendekatan baru dalam usaha memerangi wabak dadah
dalam negara. Dalam tahun tersebut masalah ini diisytiharkan sebagai
satu ancaman kepada keselamatan negara. Falsafah dasar ini ialah untuk
melahirkan satu masyarakat yang bebas daripada ancaman dadah. Dasar ini
telah diisytiharkan oleh Y.A.B. Tun Dr.Mahathir bin Mohamad, bekas
Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen
Anti Dadah. Semenjak itu, dadah dianggap sebagai musuh nombor satu
negara.
Sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara masa hadapan. Pengedaran dan penagihan dadah yang berleluasa boleh mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani dan budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan nasional dan mengancam keselamatan negara.
Sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara masa hadapan. Pengedaran dan penagihan dadah yang berleluasa boleh mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani dan budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan nasional dan mengancam keselamatan negara.
Pada
tahun 1985, JKAD telah merumus dasar dadah Negara dan pencegahan
dijadikan strategi utama yang merangkumi pencegahan awalan pencegahan
kemasukkan serta penguatkuasaan undang-undang diikuti dengan pemulihan
.Manakala kemajuan tenaga manusia dan penilaian kerjasama antarabangsa
dan penyelarasan merupakan strategi sokongan. Kemudian dasar ini telah
ditukar kepada strategi yang baru oleh Majlis Dadah Negara. Ekoran
daripada itu, dasar dadah Negara telah dijadikan sebagai asas
pelaksanaan strategi utama untuk membanteras musuh utama Negara DADAH.
ASAS-ASAS PERTIMBANGAN DALAM MERUMUSKAN DASAR DAN STRATEGI ANTIDADAH NEGARA
Tindakan antidadah di Malaysia adalah berpandukan strategi berikut:
i. Pengurangan bekalan (supply reduction); dan
ii. Pengurangan permintaan (demand reduction)
Rasional strategi tersebut
Jika bekalan berkurangan dan permintaan dadah dapat dikurangkan maka masalah dadah akan dihapuskan sama sekali.
STRATEGI DASAR DADAH
Senarai keutamaan strategi yang telah diatur semula dan diluluskan ialah Pendidikan Pencegahan dan Publisiti, Rawatan dan Pemulihan, Penguatkuasaan Undang-undang dan Kerjasama antarabangsa.
Muat Turun - Dasar Dadah Negara
No comments:
Post a Comment